Selasa, Disember 31, 2019

We Stand With Tok Wan

MPKK BUKIT IBAM mewakili semua penduduk  menyokong penuh tindakan serta langkah yang diambil oleh YAB Menteri Besar Pahang dan kerajaan Negeri Pahang dalam membanteras kegiatan pencerobohan tanah haram di Cameron Highlands. Semoga segala usaha yang di lakukan oleh YAB MB dapat membantu mengekalkan ekosistem dan sosioekonomi masyarakat setempat.

Kami serta Rakyat Negeri Pahang berdiri teguh di belakang Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail didalam isu berkenaan penerokaan tanah haram di Cameron Highlands.

Isu tindakan pengusiran 48 peneroka haram tanah Kerajaan Negeri Pahang melibatkan 300 ekar kawasan tadahan air di Kuala Terla yang berkait Sungai Ichat, Cameron Highlands adalah untuk memastikan nyawa 41,600 pengguna air PAIP di Cameron Highland adalah selamat tanpa pencemaran dari penggunaan racun dan baja kimia didalam kebun kebun sayur yang diusahakan secara haram.

#SaveCameronHighland.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#saveCameronHighlands
#bantahterokatanahharam

#WestandwithTokWan
#Mppkbukitibam